Rabu, 01 Juli 2009

KAPASITI


shallome,

Sekadar berkongsi sharing

Beberapa hari yang lalu saya melihat satu peristiwa yang mungkin saya pernah alami sendiri namun kali ini saya tertawa setelah melihatnya. Ceritanya begini. Ada enam orang mau naik kendaraan awam,atau secara ringkasnya teksi namanya. Mungkin perjalanan mereka jauh. Banyak teksi yang menolak untuk membawa mereka. Itu sudah tentu, kerana melebihi jumlah sepatutnya.
Namun akhirnya ada juga teksi yang mahu membawa mereka. Mereka masuk dan mengatur diri sebaik mungkin. Didepan sudah pasti buat yang agak tua. Nah dibelakang ini yang agak susah. Pertama postur tubuh mereka yang besar, kedua mereka mau mendapat yang nyaman. Yah akhirnya mereka didalam saling berpangku-pangku ria dan ruang untuk pungung mereka duduk hanya sedikit. Itu kerana mereka melebihi had.
Hari ini saya membahas tentang had atau kapasiti. Dalam dunia ini semua memiliki kapasiti/batas kemampuan. Semua benda yang kita pakai, kita gunakan, itu ada batasnya. Cuba kita perhatikan dengan saksama, ada tidak yang tidak mempunyai kapasiti atau kemampuan?
Lif, kalkulator, kenderaan, rumah, komputer, dan benda2 lainnya mempunyai kapasiti. Kalau kita gunakan benda-benda melebihi kapasiti maka yang terjadi adalah kerugian. Akan terjadinya kerosakan, pekerjaan jadi lambat, overload, tidak boleh membawa banyak, dan hal-hal yang merugikan lainnya. Lalu pertanyaannya, bagaimana dengan manusia (dalam hal ini: hati dan fikiran)? Ternyata manusia juga ada batasnya. Hati kita punya had. Contohnya: kalau kita sering dihina, diejek, dimarahi tanpa jelas, dilecehkan saya percaya hati kita pasti memberontak dan marah. Lalu fikiran kita juga ada hadnya. Kita tidak bisa memikirkan hukum ekonomi, fizik, biologi, kimia, seni, dan lain sebagainya dalam satu fikiran. Fikiran kita hanya terfokus pada bidang yang kita sedang pelajari/jalani. Kita tidak mampu memikirkan hal-hal yang melebihi kudrat kita sebagai manusia
Maka bagimana jalan penyelesainya? Jalannya adalah mengganti, memperluas, memperlebar, memperbanyak kapisiti kita. Benda-benda yang kapasitinya kecil kita ganti dengan yang besar atau diperbanyak agar dapat menampung. Manusia sendiri harus mengganti hati dan fikirannya yang kecil. Caranya adalah dengan BELAJAR dan BERTANGGUNGJAWAB. Kapasiti yang ingin diperbesar memerlukan waktu dan harga yang harus dibayar. Semua ini memerlukan ketekunan. Kita belajar untuk menerima penghinaan, diskriminasi, diejek. Kita bertanggungjawab untuk kapasiti hati kita. Kita ingin memperbesar maka kesabaran juga diperlukan. Dan hal ini juga berlaku untuk fikiran kita. Kapasiti kita diperbesar melalui tugas-tugas yang kita terima mahupun tugas kuliah.
Manusia yang mampu memperbesar kapasiti hati dan fikirannya adalah manusia yang unggul dan berjaya, yang mampu menguasai diri dan sudah pasti akan selalu rendah hati. Tapi kalau dia sombong itu hanya menunjukan bahawa hatinya kecil walaupun pikirannya besar. Mari kita memperbesar hati dan fikiran kita supaya dunia ini dipenuhi dengan manusia-manusia luar biasa yang dapat menguasai diri, sopan namun mempunyai fikiran yang unggul.

Tidak ada komentar:

BIBLE SEARCH

Choose a Bible Book or Range
Type your text here
Ignore Case
Highlight Results