Rabu, 01 Desember 2010

PERKONGSIAN MENGENAI KHEMAH BELIA KEUSKUPAN KENINGAU KE-3



TEMPAT: ST THERESA, TAMBUNAN

MASA: 7 – 11 JUNE 2010

“GURU YANG BAIK, APA YANG HARUS KU PERBUAT UNTUK MEMPEROLEH KEHIDUPAN YANG KEKAL” MARKUS 10:17


Khemah Belia Keuskupan Keningau bukanlah asing bagi belia katolik Diosis Keningau. Ia telah dianjurkan sejak 11 tahun yang lalu dengan tema “ Allah Bapa mengasihi kita” (Yoh 16:27). Pada tahun ini tema khemah ini bertajuk “GURU YANG BAIK, APA YANG HARUS KU PERBUAT UNTUK MEMPEROLEH KEHIDUPAN YANG KEKAL” MARKUS 10:17. Khemah ini diadakan 4 tahun sekali. Antara lain tujuan khemah ini adalah untuk mengumpul belia di seluruh keusukupan Keningau. Bagi saya penyertaan para belia dalam perkhemahan ini adalah amat penting kerana ini merupakan kesempatan yang baik untuk menjalinkan persaudaraan yang utuh dan murni di antara teman-teman sekeuskupan. Ini merupakan kali pertama saya menyertai perkhemahan seumpama ini dan ternyata saya tidak pernah rasa menyesal membuat keputusan untuk menyertai khemah ini biarpun sentiasa diselubungi kesibukan dengan kerjaya duniawi. Saya sangat kagum dengan penyertaan belia dari seluruh keusukupan yang begitu banyak sehingga mencecah 900 ratus peserta.

Antara perkara yang sangat saya kagumi semasa menyertai perkhemahan ini ialah kesungguhan dan kemeriahan para belia berpesta biarpun dalam keadaan hujan renyai untuk memuliakan Tuhan melalui kurnia bakat dan kelimpahan yang ada pada diri peserta-peserta KBK-3.

Dalam perkhemahan ini juga belia disajikan dengan isu-isu belia pada masa kini dan perjalanan belia pada masa hadapan. Melalui kesempatan ini saya juga tidak ketinggalan untuk melibatkan diri dalam sesi sharing di mana saya berpeluang untuk mengongsikan pengalaman-pengalaman Tuhan dalam kehidupan saya di hadapan ratusan peserta KBK-3. Saya dapat rasakan kehadiran dan cinta kasih Yesus melalui sesama dalam ruangan ini. Saya rasa sangat teruja setelah menyertai sesi ini dan sentiasa terdetik di hati saya untuk bersedia menyampaikan buah fikiran dan pendapat melalui sharing sesama rakan.

Setelah saya menamatkan khemah ini timbul keinginan saya selepas itu untuk menjadi saksi-saksi Yesus dalam keluarga, belia dan masyarakat. Saya percaya, kejayaan dalam duniawi baik dari pencapaian hidup, kemewahan dan kesenangan bukanlah kejayaan semata-mata sebaliknya saya sedar bahawa sebagai belia tanggungjawab saya untuk menjayakan misi dan objektif yang disampaikan melalui khemah inilah yang harus saya penuhi supaya saya dapat mengenal dan mengikut jalan hidup yang benar yang membawa kepada kehidupan yang sejati dan kekal.



Tidak ada komentar:

BIBLE SEARCH

Choose a Bible Book or Range
Type your text here
Ignore Case
Highlight Results