Jumat, 23 Desember 2011

Selamat hari Natal dan Tahun Baru 2012




Kerasulan Belia Katolik Sipitang mengucapkan selamat Hari Natal dan Tahun baru 2012 kepada seluruh umat katolik di seluruh dunia. Semoga hari Natal akan memberikan kegembiraan dan sukacita akan kedatang sang penebus kita Yesus Kristus Juru Selamat Kita. Amen.

Kamis, 15 Desember 2011

REKOLEKSI AKHIR TAHUN AJKT BELIA KERASULAN ST YOHANES PEMBAPTIS SIPITANG


Shallome,

baru baru ini kerasulan belia katolik st yohanes pembaptis sipitang telah mengadakan rekoleksi singkat khas untuk belia yang aktif atau AJKT kerasulan syps. Rekoleksi dimulai dengan missa kudus yang dipimpin oleh Rev. Fr Gilbert. Dalam khutbah beliau menyeru agar para belia khususnya belia di sipitang untuk terus menyahut panggilan Tuhan sebagai pelayan di paroki ini. Terdapat beberapa karekter belia yang harus diikuti untuk meneruskan peralayan secara aktif:

  1. Taat berdoa
  2. Setia kepada ajaran gereja
  3. Mencontohi orang-orang kudus
  4. Mempunyai masa untuk Tuhan dan perlayanan.
Selesai missa kudus, aktiviti diteruskan dengan makan malam dimana selepas itu aktiviti lebih berfokuskan renungan peribadi yang dipimpin oleh sr. Melisa. Dalam aktiviti ini belia diberi peluang untuk saling bermaafkan dengan mengunakan simbolik membasuh kaki antara satu sama lain. Amalan telah menyedarkan saya pentingnya cinta kasih sesama dalam bersatu untuk melayani kerana kerjasama,cinta kasih, dan nilai persahatan yang teguh akan menimbulkan kerinduan untuk selalu berkumpul bukan sahaja aktiviti gereja tetapi aktiviti-aktiviti lain. Semoga tahun hadapan 2012 para belia syps lebih aktif kerana persediaan SYD 3 adalah agenda utama untuk para belia bukan sahaja di paroki ini tetapi di seluruh Sabah. Tuhan memberkati,AMEN.

BIBLE SEARCH

Choose a Bible Book or Range
Type your text here
Ignore Case
Highlight Results