Sabtu, 09 Mei 2009

AJK KBK SYP MENGUCAPKAN SELAMAT HARI IBU

Tahukah anda Asal Usul Hari Ibu berkait rapat dengan Sejarah Awal Kristian?

EROPAH

* Perayaan Hari Ibu Pada Mulanya dikenalpasti sebagai perayaan Musim Bunga Orang-Orang Greece sebagai menghormati Rhea, ibu kepada Tuhan mereka.

* Pada tahun 1600, perayaan Hari Ibu dirayakan oleh orang-orang England dan dikenali sebagai Mothering Sunday. Ia dirayakan pada hari ke-4 setiap musim LENT.

* Kemudian, amalan ini tersebar ke seluruh dunia dan seterusnya disambut sebagai penghormatan kepada Mother Church dimana ia telah diadun dalam upacara kegerejaan.

AMERIKA SYARIKAT

* Hari ibu disambut seawal 1872 atas ilham Julia Ward Howe merupakan seorang aktivis sosial.

* Pada 1907, Anna Jarvis dari Philadelpia telah memulakan kempen untuk melancarkan hari Ibu dimana beliau telah berjaya mempengaruhi Mother’s Church di Grafton, West Virginia agar meraya dan meraikan Hari Ibu pada hari ulang tahun kedua kematian ibunya, iaitu pada hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Semenjak dari itu, Hari Ibu dirayakan saban tahun di Philadelphia.

* Anna Jarvis, dan pendokong-pendokongnya telah menulis surat kepada menteri, golongan peniaga dan ahli-ahli politik agar Hari Ibu disambut secara meluas di seluruh wilayah. Matlamat mereka telah berjaya sepenuhnya pada tahun 1911 apabila hari tersebut disambut oleh hampir keseluruhan wilayah Amerika.

* Pada tahun 1914, Presiden Woodrow Wilson, secara rasminya telah mengisytiharkan Hari Ibu sebagai Hari cuti umum dan mesti raikan pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei.

* Biarpun sebahagian besar negara-negara di dunia menyambutnya pada hari yang berlainan, tetapi negara seperti Denmark, Finland, Itali, Turki, Australia, dan Belgium masih merayakannya pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei.

MAKA BERSYUKURLAH KITA KERANA BERPELUANG MERAYAKAN HARI IBU. UCAPKANLAH SELAMAT HARI IBU, JANGAN TUNGGU SAMPAI ESOK....

Tidak ada komentar:

BIBLE SEARCH

Choose a Bible Book or Range
Type your text here
Ignore Case
Highlight Results