Kamis, 05 November 2009

Healing Your Broken Heart @ Bagaimana Mengubat Patah Hati



Patah hati memang menyakitkan. Tetapi, janganlah kita terus takut jatuh cinta ataupun tidak mau memutuskan pasangan yang agak teruk sikap dan perangainya kerana takut dia patah hati. Cepat atau lambat, hati Anda yang sedikit demi sedikit akan sembuh kembali.Mungkin, hampir setiap orang yang pernah jatuh cinta pernah mengalami patah hati.Perkara ini telah terjadi kepada saya sejak setahun yang lalu. Dimana pada waktu itu saya menjalinkan hubungan cinta dengan gadis dusun Ranau yang sangat saya cintai selama 3 tahun kami berhubung. Sekarang saya bahagia bersama teman baru yang sangat memahami diri saya iaitu Juleffey. Mungkin kerana cinta itu tidak kesampaian pada masa itu, lalu saya diputuskan.Dan, saat saya patah hati, hari-hari perasaan saya tidak keruan: hidup seakan tanpa harapan, dunia bagaikan gelap, makan pun tak berselera, dan seterusnya. Kesimpulannya, memang lebih parah daripada sakit gigi, seperti kata lirik sebuah lagu dangdut.Dan,kepada anda, mungkin Anda bertanya-tanya, mungkinkah Anda akan dapat pulih dan mencintai orang lain lagi jika anda penah merasai perkara yang sama.

Jawabnya: Anda pasti akan sembuh.

1 Terima Segala Kenyataan

Langkah pertama mengatasi patah hati adalah menerima kenyataan bahawa putus atau gagalnya kisah percintaan Anda memang menyakitkan. Menurut Alan Konell, MSW, penulis buku Partnership Tools: Transforming the Way We Live Together, langkah ini sangat penting. Sebab, dengan mengakui hal tersebut, seseorang akan dapat melangkah ke tahapan berikutnya, iaitu mengetahui pada titik mana dia sedang berada.

Secara umumnya, setiap orang yang mengalami kesedihan yang pada dasarnya disebabkan oleh berbagai hal biasanya mengalami empat peringkat, iaitu penyangkalan, perasaan sakit, perasaan marah, dan penerimaan. Maka dengan itu langkah kedua dalam mengatasi patah hati adalah mengetahui tahapan-tahapan tersebut, dan memberi kesempatan pada diri sendiri untuk melalui tahapan-tahapan tersebut.

2 Jangan Lupakan

Daniel M. Wegner, PhD, profesor psikologi dari Harvard University, memiliki cadangan yang lain mengenai cara mengatasi patah hati.Menurutnya apapun yang terjadi, jangan pernah berusaha untuk melupakan orang yang anda cintai. Mungkin anda befikir pendapat tersebut berlawanan dengan akallalu mungkin anda berkata untuk apa terus mengingat orang yang menyebabkan Anda patah hati? Tetapi, tunggu dulu, Wegner punya alasan kuat untuk berkata seperti itu. Dia sebenarnya pernah meneliti 70 orang teruna dan wanita berusia muda tentang bagaimana reaksi mereka dalam menghadapi patah hati. Dan,rata-rata para responden yang berusaha melupakan bekas kekasihnya, Wegner menemukan gejala yang menarik. Dengan berusaha melupakan bekas kekasihnya, fikiran mereka secara tidak langsung menjadi tidak biasa dengan fakta bahawa kekasih mereka benar-benar telah pergi. Kerana itu, setiap kali kenangan tentang bekas kekasih pacar mereka muncul kembali - dan jika ini tak dihindarkan maka akan muncul kesedihan yang lama dan kesannya sama seperti ketika mereka baru saja putus cinta.Karla Erovick, penulis buku Love to Date, Date to Love: Unlocking the Secrets of Dating, memberikan beberapa saranan praktis bagi Anda yang sedang patah hati. Inilah beberapa di antaranya:

3 Teruskan hidup

Tinggalkan kisah masa lalu. Walau jangan berusaha melupakan kekasihmu, berusahalah untuk tidak menghubunginya lagi. Paling tidak untuk sementara waktu. Jika Anda menyimpan beberapa benda miliknya dan sebaliknya, kembalikan barang-barang tersebut. Pilih waktu yang tepat, dan lakukan di tempat yang neutral (bukan tempat kegemaran Anda berdua berjumpa atau dating, misalnya).

4 Sibukkan diri anda

Jangan biarkan diri anda hanyut dalam kesedihan. Juga, ubahlah aktiviti rutin yang biasanya anda lakukan bersama dia. Misalnya, jika anda berdua biasanya makan di restoran KFC, pindahlah ke restoran-restoran lain. Ubah penampilan Anda. Ubah rambut atau warna rambut, belilah beberapa pasang baju dan seluar baru.Ini pernah saya praktikkan dan ternyata ianya agak berkesan yang saya dapat membina keyakinan diri saya semula terutama menjalinkan hubungan serius dengan teman baru saya sekarang. Jika berkesempatan, lakukan perjalanan secara sendirian atau merantau ke tempat lain, atau anda bolehlah bersama dengan seorang teman dekat. Siapa tahu Anda bisa berkenalan dengan seseorang yang akan menghibur hati Anda.

Setelah saya dikecewakan semasa saya menjalani latihan industri di Jalan Ladang Mill,Sandakan, akhirnya saya bertindak merantau ke tempat lain iaitu SABAH FOREST INDUSTRIES,Sipitang. Di sana saya berkenalan dengan ramai teman baru dan serba sedikit mengisi kesunyian saya.Namun akhirnya saya memilih Teman yang jauh di mata saya tetapi setia di hati iaitu FIEY.Tuhan sahaja yang tahu kenapa saya memilih dia.....

REGARD,

MACKENZIE AND JULEFFEY

GOD BLESS ALL

Tidak ada komentar:

BIBLE SEARCH

Choose a Bible Book or Range
Type your text here
Ignore Case
Highlight Results