shallome berita gembira ini saya petik dari diocese of Sandakan blog, mohon share ya...teruskan perlayanan ...
ds/aa
Photo diambil oleh Claire Andrew
PAITAN
~ Gandingan dua pelayanan, Katekatikal dan Belia sekali lagi bersatu
dalam penjangkauan umat Katolik di Kg. Tangkud, Ulu Kawananan, Paitan
yang juga di kenali sebagai Kg. 7000 pada 23 sehingga 25 Julai 2013 yang
lalu. Perjalanan menggunakan kereta selama 5 jam dari Sandakan ini
telah disertai oleh Sr. Veronica Kandaung FSIC, Koordinator
Pejabat Katekatikal Keuskupan, Anna Teresa dari Pejabat Belia Keuskupan
dan tiga belia iaitu Claire Andrew dan John Degullacion, belia dari
Katedral St Mary, Sandakan dan Hamidah Nadu dari St. Francis dari Asisi,
Sukang.
Pada bulan Mei tahun lalu rombongan
ini telah berjaya menemukan dan melawat umat Katolik warga Indonesia
yang bekerja di perladangan Kelapa Sawit dan juga umat tempatan. Untuk
penjangkauan kali ini misi utama adalah
untuk menemukan dan mengumpulkan umat Katolik tempatan yang pernah
dibaptis 25 tahun yang lalu di Bukit Tuhan, Paitan. Mereka dikatakan
telah berpindah ke kampung - kampung yang berdekatan dengan jalan raya
besar untuk kemudahan pengangkutan dan estet - estet kelapa sawit untuk
pekerjaan.
Ketibaan rombongan ini telah
disambut baik oleh keluarga saudara Jakub Moyong warga Indonesia yang
telah membuka rumahnya bagi kami tinggal buat beberapa hari. Di
petang hari pertama ini, kami mulakan dengan doa rosari bersama beberapa
umat Katolik Indonesia yang tinggal berdekatan.
Misi penjangkauan di hari ke dua
dimulakan dengan doa pagi bersama dan kemudian berjelajah dari satu
rumah ke rumah yang lain melawat dan mengambil masa bersama umat.
Melalui lawatan ini, sedikit demi sedikit informasi penempatan dan
sejarah umat Katolik di Kg. Tangkud diperolehi sehinggalah kami bertemu
dengan saudara Sapri Bin Timbai. Beliau telah memaklumkan bahawa nama
kampung yang didiami itu adalah Kg. Tangkud dan nama Kg. 7000 diguna
pakai disebabkan ianya berada dalam kawasan perladangan kelapa sawit.
Saudara Sapri Bin Timbai merupakan
penduduk Kampung Tangkud yang mengendalikan sebuah kedai runcit
kecil-kecilan. Beliau telah menceritakan bagaimana perpindahan umat
Katolik dari Bukit Tuhan ke Kampung Tangkud ini terjadi. Ini merupakan
penemuan yang baik. Rombongan ini berharap agar dapat membantu
dalam membangunkan semula iman Katolik mereka secara perlahan - lahan
setelah sekian lama tidak pergi ke gereja. Oleh yang demikian, saudara
Sapri Timbai telah diberi mandat untuk mengumpulkan umat Katolik untuk
pertemuan hari esok.
Di
sebelah petang, rombongan ini mengambil kesempatan untuk melawat dan
mengadakan perkongsian bersama dengan umat - umat Katolik yang bekerja
di Estet Boustead yang terletak kira-kira 10 minit perjalanan
menggunakan kenderaan dari Kg. Tangkud (Kg. 7000).
Umat Katolik yang bekerja mencari inisiatif menjadikan Kongsi kosong sebagai tempat pertemuan hari minggu. |
Umat yang 'Haus' akan makanan dan minuman rohani. |
Bersama-sama mendengar Sabda Tuhan yang dipetik dari Injil Lukas 10:38 - 42 Yesus melawat Martha dan Maria |
Pertemuan
tersebut hadiri oleh ramai umat dan kami memperkongsikan pengalaman
berdasarkan pembacaan masa itu. Sesi ini diakhiri dengan fellowship ringan bersama - sama.
Hari
ketiga seperti biasa misi penjangkauan ini dimulakan dengan doa pagi
dan di teruskan dengan lawatan ke rumah umat-umat Katolik yang bekerja
di perladangan kelapa sawit yang berdekatan sebelum pergi bertemu dengan
umat Katolik Kg. Tangkud pada hari petangnya.
Tepat
jam 3.00 petang rombongan bersiap sedia dengan misi yang dinanti -
nantikan iaitu bertemu dengan umat Katolik tempatan. Sungguh adventures
perjalanan kami. Sama seperti misionari - misionari yang terdahulu -
Misionari Mill Hill. Pasti mereka juga merempuh pelbagai cobaan dan
rintangan untuk menginjilkan khabar gembira kepada orang-orang tempatan.
Rumah kediaman saudara Juslee Bin Gantalou, salah seorang umat yang telah dibaptis di Bukit Tuhan, Paitan 25 tahun yang lalu. |
Rumah
kediaman saudara Juslee Bin Gantalou merupakan tempat dimana semua umat
berkumpul. Rombongan Sr. Veronica dengan sungguh - sungguh mengambil
peluang yang ada untuk bercerita sambil membina persahabatan yang baik
dengan umat Katolik yang hadir.
Sr. Veronica sedang mendengar perkongsian umat. |
Umat Katolik Kg. Tangkud diberi sedikit Katekisis mengenai tujuh Sakramen dan ini secara tidak langsung mengingatkan kepada mereka akan pembaptisan mereka. |
Umat Katolik Kg. Tangkud dengan teliti mendengar perkongsian dari Sr. Veronica. |
Belia-belia yang mengikuti rombongan tersebut mengambil kesempatan beramah mesra dengan kanak-kanak Kg. Tangkud. |
Lawatan
ini berakhir pada jam 6.00pm dan rombongan ini terus kembali dan
bermalam di rumah rehat St Francis dari Asisi, Sukang, Paitan sebelum
balik ke Sandakan pada keesokan pagi.
Satu pengalaman yang baik buat rombongan misionari ini dan pastinya ia tidak akan berhenti setakat hari ini atau esok. Semoga lawatan kami dapat memberikan buah yang baik buat umat Katolik Kg. Tangkud dan sehingga kita bertemu lagi.
Satu pengalaman yang baik buat rombongan misionari ini dan pastinya ia tidak akan berhenti setakat hari ini atau esok. Semoga lawatan kami dapat memberikan buah yang baik buat umat Katolik Kg. Tangkud dan sehingga kita bertemu lagi.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar