Semakin aku aktif dalam perlayanan semakin aku rindu akan kasih Tuhan, kalau boleh mau jak sentiasa hidup dalam kekudusan namun keadaan kerjaya dunia yang semakin menggila dan menggugat kecekalan menguji segala kematangan dan akal fikiran. Saya percaya di takat ini lah ramai yang tetumpas, ramai yang terkandas dan ramai yang berhenti di takat yang mampu. Saya akui, perlayanan dalam Menjayakan SYD suatu pengalaman yang indah mungkin hanya dapat dirasakan beberapa kali sahaja atas keadaan usia yang sudah Dewasa dan akan lebih memfokuskan kerohanian dalam keluarga atau komuniti selain belia. Ini lah platform yang paling indah saya rasakan, Ternyata Tuhan sentiasa memanggil umatnya tanpa kita sedar. Terpulang kepada kita untuk memilih, tiada paksaan malah Tuhan sentiasa mengasihani kita, bila masa atau di mana-mana tidak kira jua apa keadaan peribadi kita ketika ini. Ini lah yang saya rasakan, baru sahaja saya mahu menghadiri Mini Retret SYD-3 ini saya sudah menerima sms dari teman sekerja , "Boss cari ko owh...banyak dia mau tanya ko, ada dlm email byk why ? why? why? why? ada empat why kesemuanya. Tidak lama selepas itu aku menerima lagi satu sms dari senior executive... " i want to see both of you at 3 pm, u can take your lunch then meet me at the office" . Terpaksa aku menipu dengan membalas " ala saya sudah di keningau ini"
"ohh ko cuti pula"
emmm, syukur segalanya berakhir aku menghadiri persiapan rohani kali ini penuh dengan bermacam perasaan yang indah, sedih, kecewa, marah, ketawa. Kepada belia yang bekerjaya, malah yang sudah bekeluarga, komitment untuk melayani sebagai belia memang sukar untuk dituntut tetapi jika ia dilakukan dengan sungguh2 dan dengan doa saya percaya, anda juga akan berjalan bersama saya melayani Kristus tidak kira dimana kita berada. Sama-sama kita berdoa...ingatlah kasih Yesus itu indah pada waktunya.
Yang Melayani,
Mackenzie Banyeng
Tidak ada komentar:
Posting Komentar