Jumat, 28 Januari 2011

MESYUARAT BULANAN PERTAMA KBK SYPS

Shallome teman seiman yang dikasihi dalam Kristus

Bertemu lagi kita dalam ruangan blog ini, cuma kali ini saya ingin mengongsikan serba sedikit aktiviti belia SYPS SIPITANG pada awal bulan Januari. Pada kali ini, coretan saya lebih tertumpu kepada agenda mesyuarat pertama KBK SYPS pada bulan Januari. Mesyuarat pertama kali ini diadakan di rumah saudari ROSLINA RAGAI sekitar jam 8 malam dan berakhir pada jam 11 malam. Antara agenda yang diajukan ialah:

  • Pengesahan minit mesyuarat yang lalu
  • Tuntut maaf bagi yang tidak hadir
  • Laporan setiap Ajk
  • Takwim Tahun 2011
  • Hal-hal lain
  • Pekara-pekara berbangkit
  • Laporan bendahari (kewangan KBKSYPS terkini)
Di akhir mesyuarat Sister Melisa selaku pembimbing rohani Kbk Syps telah mengadakan suatu aktiviti ringkas di mana setiap belia yang hadir dikehendaki melakar anggota badan yang telah di beri contohnya mata. Setiap belia tidak boleh meniru lukisan rakan-rakan yang lain dan harus melukisnya dengan jujur. Setelah siap dilukis di atas sekeping kertas kosong maka lukisan tersebut harus digunting dan dicantumkan setiap anggota tubuh tadi. Akhirnya terbentuklah suatu jasad lakaran manusia yang cacat hehehe : P

MORAL YANG DIPEROLEHI DARI PERMAINAN INI :
DALAM MENGERAKKAN DIRI DALAM PERLAYANAN (PERLAYANAN DALAM GEREJA) SEGALA PERLAYANAN TIDAK HARUS DILAKUKAN DENGAN SEORANG DIRI DAN SETIAP ANGGOTA DALAM PERLAYANAN HARUS ADA KOMUNIKASI ANTARA SATU SAMA LAIN DAN YANG PALING PENTING KERJASAMA JIKA TIDAK APA YANG DILAKUKAN SAMALAH SEPERTI HASIL SEORANG MANUSIA YANG CACAT TADI. MAKA KUNCI UTAMA UNTUK MEMBENTUK LAKARAN MANUSIA YANG SEMPURNA KITA HARUS ADA KOMUNIKASI ANTARA SESAMA ANGGOTA SUPAYA SEGALA MAKLUMAT DAN IDEA DAPAT DIKONGSIKAN BERSAMA UNTUK MENDAPAT HASIL YANG LEBIH BERKUALITI DAN MEMUASKAN.



SEKIAN CORETAN MACKENZIE BANYENG

AJK PUBLISITI KERASULAN BELIA KATOLIK SIPITANG.

Tidak ada komentar:

BIBLE SEARCH

Choose a Bible Book or Range
Type your text here
Ignore Case
Highlight Results