Minggu, 10 Februari 2008

LENTEN CAMPAIGN 2008



word become flesh..

Shallome...,

Kepada semua mereka yang ingin menjadi muridNya, Yesus memberikan perintah ini: “Bertaubatlah dan percaya kepada Injil” (Markus 1:15). Injil ialah “khabar baik mengenai Yesus Kristus, Putera Tuhan” (Markus 1:1). Mengikuti Yesus bermakna menyesali dosa dan percaya kepadaNya – iaitu menerimaNya dan mencontohi gaya kehidupanNya. Gaya kehidupan Kristus dirumuskan oleh satu perkataan: kasih. “Seperti Bapa mengasihi Aku, begitu juga Aku mengasihi kamu” (Yohanes 15:9). Kristus memerintah murid-muridNya supaya mengasihi: “Kasihilah satu sama lain seperti Aku mengasihi kamu” (Yohanes 15:12). Bagaimanakah Kristus mengasihi kita? Sehingga Dia sanggup menyerahkan nyawaNya bagi kita (Yohanes 10:15, 17; 15:13).


Maka itu kasih mesti menjadi ciri kehidupan setiap murid Kristus: “Menerusi kasih yang kamu pamerkan kepada satu sama lain, semua orang akan tahu kamu adalah murid-muridKu” (Yohanes 13:35). Memberi sedekah atau derma ialah sebahagian daripada kasih yang kita pamerkan kepada golongan yang miskin dan memerlukan bantuan. Jika kita mahu mendekatkan lagi kasih kita kepada kasih Kristus, ia mesti sampai ke titik yang disebut oleh Blessed Mother Teresa dari Kolkata sebagai “menyakitkan kita”.

Pada Musim Lent tahun ini, marilah kita bertekad untuk hidup sebagai murid-murid Kristus yang sejati dengan mengasihi seperti Kristus mengasihi kita – dengan mengasihi sehingga ia menyakitkan. Marilah kita dengan sepenuh hati menyahut rayuan Musim Lent daripada badan Catholic di tempat kita dengan bermurah hati menyumbang kepada golongan yang miskin dan memerlukan bantuan.





Tidak ada komentar:

BIBLE SEARCH

Choose a Bible Book or Range
Type your text here
Ignore Case
Highlight Results