Kamis, 26 November 2015

JESUS I TRUST IN YOU

Shallome,





kebelakangan ini saya banyak menghabiskan masa saya dengan photoshop application. Satu bidang yang saya sangat minat adalah design apa -apa sahaja. Dan sekarang saya berminat mereka bentuk corak pada baju T-shirt. Namun pertama yang terdetik dihati adalah untuk design baju berunsur rohani dan jika boleh saya berharap saya mendapat menjual baju tersebut walaupun tidak mendatangkan keuntungan besar kerana motif saya adalah kepuasan melihat hasil yang direka terjual dan dihargai oleh peminat-peminat t-shirt custome made. 

Saya telah mencuba mengetengahkan hasil kerja saya di Teeyot.com dimana saya telah membuka fb page saya sendiri melalui MYBIE ORANGE T-SHIRT DESIGN




Namun sebagai orang yang sangat-sangat mentah dalam dunia perniagaan online ini saya memang tidak mengharapkan satu kejayaan yang besar kerana saya telah lama maklum bahawa perniagaan online ini bukan lah sesuatu yang mudah. segalahnya memerlukan modal permulaan untuk menjual dan memasarkan hasil karya. Apalagi pada masa kini semua orang mempunyai peluang yang sama rata untuk berniaga. 

Namun ini bukanlah pokok topik ingin saya ketengahkan dalam coretan kali ini, ini cuma hanya keluhan sebagai seorang newbie dalam bisness online. Berbalik kepada design T-Shirt, saya telah design satu T-shirt yang saya rasa saya menginginkannya dicetak melalui Teeyot.com. T-shirt ini merupakan karya pertama T-shirt Rohani saya dan saya sangat sukakannya malah saya ingin setiap orang yang menyukainnya memilikinya. Tema T-Shirt itu ialah "Jesus I Trust In You". Tema T-shirt ini sangat menarik dan ramai yang menanyakan untuk membelinya, malangnya setelah saya iklankan di FB advertisment dan saya laburkan USD20. T-shirt Saya tidak mendapat sambutan, malah tiada yang membelinya. Kesedihan ini telah hampir mematahkan langkah seterusnya. Dan melalui blog ini saya luahkan kesedihan saya. Ingin saya share kan design saya disini dan saya berharap anda sebagai pembaca memberi komen yang membina dan memberi tunjuk ajar kepada saya. Walau bagaimanapun kepada yang berminat memiliki t-shirt ini campaign t-shirt ini akan berakhir pada 2 December 2015. Dan saya perlu 11 tempahan lagi untuk melayakkan T-shirt ini di print dan dijual. 

Thanks for your time. 

Mackenzie


LIKE US IN FB  :  https://www.facebook.com/mybietshirt/






KBK-4 KUALA PENYU

Shallome,

hai hai hai, sekian lama saya menyepi dari blog ini, bukan kerana saya meninggalkannya tetapi kesibukan akan kerjaya tidak penah memberi sedikit ruangpun untuk saya berbicara dalam blog ini, namun ketika saat dan jam ini terdetik untuk saya mencoret apa yang saya rindui saat ini iaitu KBK 4
Kuala Penyu,

KBK 4 atau nama penuhnya Khemah Belia Keuskupan Keningau telah diadakan di Kuala Penyu Gereja St Peter Bundu Kuala Penyu pada 2-6 June 2015. Walaupun khemah rohani ini telah lama meninggalkan saya tetapi kerinduan kepada memory bersama teman-teman seperlayanan sangat kuat. Saya sangat rindukan sesi-sesi rohani yang telah dianjurkan oleh pihak penganjur seperti :

  • WELCOMING : "Let's Welcome each other with Jesus Love"
  • KETUK PINTU HATIMU
  • SEHARI BERSAMA KELUARGA ANGKAT
  • BERJALAN BERSAMA KRISTUS
  • PERGILAH ENGKAU DIUTUS
  • CELEBRATION NIGHT
 Saya percaya setiap perserta telah disentuh dan tersentuh oleh Kesan-kesan postitive dari penganjuran perkhemahan yang hanya dianjurkan 4 tahun sekali dan ini merupakan kali ke-2 saya menyertai setelah menyertai kali pertama di Khemah Belia Keuskupan Keningau di St Theresa Tambunan. Ada banyak yang ingin saya kongsikan terutama kegembiraan dan suka cita tetapi biarlah gambar yang saya kongsikan ini nanti menjadi saksi kenapa anda sebagai belia katolik harus menyertai perkhemahan ini pada masa akan datang. Tuhan memberkati kita semua

amen.

KONTIGEN KSFX KENINGAU

MENUNGGU SAAT MISA KUDUS BERMULA

SELFIE BERSAMA STEPHANIE FRANCIS UN KUALA PENYU 2015

SYPS TEAM

WE GOT IT !!!

ORANG KUAT KBK-4


FOTO BERSAMA KELUARGA ANGKAT

OUR TRADEMARK SYPS BOLEH!!!

PUBLISITI TEAM, PALING SIBUK MASA KBK4 HEHE

INI LAH FAMILY ANGKAT SAYA CIKGU MICHAEL


BIBLE SEARCH

Choose a Bible Book or Range
Type your text here
Ignore Case
Highlight Results