Shallome,
LIKE US IN FB : https://www.facebook.com/mybietshirt/
kebelakangan ini saya banyak menghabiskan masa saya dengan photoshop application. Satu bidang yang saya sangat minat adalah design apa -apa sahaja. Dan sekarang saya berminat mereka bentuk corak pada baju T-shirt. Namun pertama yang terdetik dihati adalah untuk design baju berunsur rohani dan jika boleh saya berharap saya mendapat menjual baju tersebut walaupun tidak mendatangkan keuntungan besar kerana motif saya adalah kepuasan melihat hasil yang direka terjual dan dihargai oleh peminat-peminat t-shirt custome made.
Saya telah mencuba mengetengahkan hasil kerja saya di Teeyot.com dimana saya telah membuka fb page saya sendiri melalui MYBIE ORANGE T-SHIRT DESIGN
Namun sebagai orang yang sangat-sangat mentah dalam dunia perniagaan online ini saya memang tidak mengharapkan satu kejayaan yang besar kerana saya telah lama maklum bahawa perniagaan online ini bukan lah sesuatu yang mudah. segalahnya memerlukan modal permulaan untuk menjual dan memasarkan hasil karya. Apalagi pada masa kini semua orang mempunyai peluang yang sama rata untuk berniaga.
Namun ini bukanlah pokok topik ingin saya ketengahkan dalam coretan kali ini, ini cuma hanya keluhan sebagai seorang newbie dalam bisness online. Berbalik kepada design T-Shirt, saya telah design satu T-shirt yang saya rasa saya menginginkannya dicetak melalui Teeyot.com. T-shirt ini merupakan karya pertama T-shirt Rohani saya dan saya sangat sukakannya malah saya ingin setiap orang yang menyukainnya memilikinya. Tema T-Shirt itu ialah "Jesus I Trust In You". Tema T-shirt ini sangat menarik dan ramai yang menanyakan untuk membelinya, malangnya setelah saya iklankan di FB advertisment dan saya laburkan USD20. T-shirt Saya tidak mendapat sambutan, malah tiada yang membelinya. Kesedihan ini telah hampir mematahkan langkah seterusnya. Dan melalui blog ini saya luahkan kesedihan saya. Ingin saya share kan design saya disini dan saya berharap anda sebagai pembaca memberi komen yang membina dan memberi tunjuk ajar kepada saya. Walau bagaimanapun kepada yang berminat memiliki t-shirt ini campaign t-shirt ini akan berakhir pada 2 December 2015. Dan saya perlu 11 tempahan lagi untuk melayakkan T-shirt ini di print dan dijual.
Thanks for your time.
Mackenzie
LIKE US IN FB : https://www.facebook.com/mybietshirt/